Tuesday 28 August 2012

Prasangka

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Astaghfirullahhhh...

"Boleh yek mak ayah bagi kawin ".....

"Mak ayah tak cakap apa ke nak kawin ni"......lelaki tu kerja meniaga je kan"

"Abis dia xada EPF ke, "

Allah...hu..akbar..

Jika sudah Allah tulis di atas sana jodoh, tidak ada siapa mampu menolak. Jika dia cukup solatnya, tahu puasanya, baik tutur katanya, jaga pergaulannya sepanjang perkenalan, malah paling menguatkan hati ini, ditengah kesibukkan, hiruk pikuk, di atas medan pasar2 berniaga, dia mampu meninggalkan perniagaan tanpa jagaan siapa kerana SOLAT, adakah lelaki seperti ini patut ku tolak?

Biar Allah sahaja yang menjaga hal ehwal kecukupan rezeki kami. Malah dialah yang mengajar hati ini kepada kekuatan kebergantungan kepada Allah. Jangan sampai kufur nikmat.

Jika ada mana-mana perempuan yang pernah bertemu lelaki yang kaya duniawinya dan buruk pula akhlaknya, dan kemudian mengecewakan pula perempuan itu, kemudian dipertemukan pula Allah dengannya lelaki yang baik, sangat sederhana, tetapi memenuhi hatinya dengan kegembiraan, itu lah rahmat Allah.


No comments:

Post a Comment