Monday 7 July 2014

TAMBAH ANAK?? ohh nooo...@ohh yesss...?

Ada keinginan tambah anak? tapi takut itu & ini? itu perkara biasa, manusia biasa..., memang suka risau itu & ini. 

kawan cina di office rata2 mahu anak 2orang sahaja. mereka akan berusaha untuk sulung is boy, 2nd baby is girl. berusaha macamana tak tahu, dengar kata, jumpa sami2 dorang.


Tapi, when i said, i nak anak 7orang. tuu dia..nak terbeliak kot mata sorang2. yelahh.., suami peniaga biasa sahaja, kite pulak pekerja makan gaji biasa sahaja. guess what? i love to be mummy with so many kids ;) 


yang penting abg tolong kite urus rumahtangga k. tolong jaga anak, tolong kemas rumah bila sepah, tolong serba serbi lh ;) 





Tuesday 28 August 2012

Prasangka

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Astaghfirullahhhh...

"Boleh yek mak ayah bagi kawin ".....

"Mak ayah tak cakap apa ke nak kawin ni"......lelaki tu kerja meniaga je kan"

"Abis dia xada EPF ke, "

Allah...hu..akbar..

Jika sudah Allah tulis di atas sana jodoh, tidak ada siapa mampu menolak. Jika dia cukup solatnya, tahu puasanya, baik tutur katanya, jaga pergaulannya sepanjang perkenalan, malah paling menguatkan hati ini, ditengah kesibukkan, hiruk pikuk, di atas medan pasar2 berniaga, dia mampu meninggalkan perniagaan tanpa jagaan siapa kerana SOLAT, adakah lelaki seperti ini patut ku tolak?

Biar Allah sahaja yang menjaga hal ehwal kecukupan rezeki kami. Malah dialah yang mengajar hati ini kepada kekuatan kebergantungan kepada Allah. Jangan sampai kufur nikmat.

Jika ada mana-mana perempuan yang pernah bertemu lelaki yang kaya duniawinya dan buruk pula akhlaknya, dan kemudian mengecewakan pula perempuan itu, kemudian dipertemukan pula Allah dengannya lelaki yang baik, sangat sederhana, tetapi memenuhi hatinya dengan kegembiraan, itu lah rahmat Allah.


Peniaga Online Menipu


wahh..sangat terukksss, more entry..>>


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.251192584900411.68408.243587162327620&type=1

peniaga ini sangat kurang ajar, sudahlah berniaga, bila salah tak nak mintak maaf, makin dimaki pelanggan...













Wednesday 20 June 2012

Coccydynia

Coccydynia or sakit di tulang ekor. Seriously, nak duduk lama-lama, harapan la..tak rasa sakit. Mestii..sakit..,sangat tak selesa. Dapat sakit ni sejak mengandung, sampai bersalin, n lepas bersalin belum pulih lagi. hope..1 day boleh pulih. Dah try bertungku kat tempat tu, tapi makin sakit.., ohhh..tak mau lagi bertungku..


Tak nak banyak cerita, blog ni http://drzubaidi.com/blog/?p=2135 boleh jawab persoalan sakit ni.




Saturday 16 June 2012

PengaLaman Mengandung Sulung

Anak memang dinantikan setiap pasangan yang berkahwin, apetah lagi anak sulung. Rasenye yang paling berdebar bakal mummy kot. sebab die yang nak bersalin. huuhuu..

Masa mula dapat tahu diri mengandong, perasaan gembira tu of coz la 1st kan, tapi pastu perasaan risau datang. Biasala perempuan, pikiorr lebih2..huhu..risau nak jaga nanti macamane, reti ke kite ni, nak care suami lagi, wat kija umah lagi, kerja opis lagi, yang paling dpikir'n setiap malam,huh, MACAM MANE TIME BERSALIN NANTI?.N MACAMANA NAK TAU KITE DAH NAK BERSALIN?? sakit macam mane? nak teran macamane? fuh..., macam2 fikir dah, padahal baru tau diri preg. masa tu dah sebulan mengandong.


Waktu preg sampai kandungan usia 9bulan memang p office drive sendiri, ohhh..banyak sungguh orang risau..,  TQ for all your caring.., tapi nak buat macamana.., suami pun ada kerja dia juga, kita pun ada kerja sendiri juga, nak saing kawan2 pergi balik office pun tak boleh juga, mungkin hari ni mereka senang tolong kita, mungkin dihari2 lain mereka ada kerja lain, tak satu jalan dah, malu..makan budi orang banyak2 ni. so tak mau la susahkan sape2. set positive thinking everydayyyyy...! :) hari-hari p office tawakkal.., semoga baby baik2 sahaja.., time nak bersalin pun mohon setiap masa dipermudahkan.., tidak dalam kereta mahupun sedang keseorangan, mahupun ketika drive pergi/pulang dari office.., ada juga yang suggest suami hantar pergi n ambil waktu pulang ketika kandungan cecah 8bulan, rasa-rasanya.., tidak bolehlah macamtu kn.., ganggu jadual kerja. suami pun pasti penuhi hari2nya dengan doa buat isteri die ni. :)

ALAHAN

Alhamdulillah.., tak ade alahan teruk, pening2 biasa ja, muntah pun 1x sahaja masa awal mengandung. orang kata tu tanda baby boy. *mungkin kot, coz my baby is boy.

MENGIDAM

fUHH.., semua makanan yang nampak je, msty nak kene beli. mesti teringin nak rasa. paling banyak rasa, (rasa ke) ialah duriannnnn, mak kat johor bising kite makan duriannn, panasss katanya, kesian baby kat dalam..,
Pastu makanan char kuey tiow (CKT).., buleh kata tiap2 malam pekena CKT. husband balik kerje je mesti kite ajak makan CKT. kadang2 sendiri balik kerja dah p kedai CKT alaDin nun. makan sorang2 pun jadik..,

BERAT BADAN

sebelum preg berat 49kg, sampai kandungan usia 9bulan berat dah cecah 59.5kg. misi cakap kurang berat badan. huh.., bnyk kot kite makan..

SAKIT

haaa..masa awal mengandung, kite senang demam, berape kali p hospital amik MC n obat demam. kecian baby dalam peyut makan obat..,kadang boleh rasa baby menendang kuat sangat lepas beberape ketika makan ubat. 

Sakit lain, macam sengal2 badan, peha ke bawah membengkak (7bulan ke atas), misi pesan naikkan kaki dengan beralas bantal waktu tidur untuk kurangkan kebengkakan. kadang2 sambil tengok tv, kite naikkan kaki kat dinding rumah, cepat sikit nampak kesan kurang bengkak. 

Sakit tengkuk, sebab salah tidur.., fuuu..yang ni paling menyakitkan kot. doktor bagi ubat tahan sakit. coz cuma ubat tu je yang boleh dimakan ibu mengandong..wuuu.., sib baik berkesan..

Sakit "hati", huh.., time mengandung tidak dinafikan lagi perasaan sensitif berganda2 datang. pantang ada orang salah cakap sikit, mesti terase sangat2.., menyebabkan datang'y stresss yang teramat.., STRESS DIKALANGAN WANITA MENGANDUNG ADALAH TIDAK SIHAT.., baby yang kesian, coz orang cakap tumbesaran die boleh terbantut, sebab die pun stress..,,so..mau xmau, kene banyak sabar walaupun memendam stress adalah lagi bahaya..., ada satu kes kawan.., bayi'y meninggal dalam kandungan kerana ibunya mengalami stress yg melampau.


PANTANG


awal kandungan tak payah makan tajam2.., macam nenas, air tebu, jeruk2. dah 4/5bulan ke atas oraitt. pantang2 lain, macam jangan bunuh binatang, naya binatang, cakap lepas, kutuk2 fizikal, elakkan la. pastu yang tak bole pecaya sangat berpantang yang pelik2 macam xboleh siang ikan, xbole potong ayam..., huh..payah laaa